Bagaimana diet untuk ibu yang menyusui?

Masih rasa gemuk lepas bersalin? Semua ibu pasti nak kembali kepada berat sebelum mengandung kan? Sebenarnya ibu-ibu yang menyusukan bayi seharusnya kurangkan berat badan secara perlahan dengan diet sihat yang rendah lemak dan juga mengamalkan senaman ringan yang berterusan.

Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebenarnya, proses penyusuan bayi juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Seeloknya tunggulah selepas 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat sebelum mengandung anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?


Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.



Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?


Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Banyakkan pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kacang, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Kurangkan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Orang melayu selalunya berpantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 


Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda


Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 


Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum


Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan tanda-tanda seperti resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan, atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 


Dapatkan zat besi yang banyak (boleh dapatkan Vitalea dari shaklee)


Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. 


Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.
Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 

sumber : babycenter.com

Ramai wanita yang mengadu kepada saya yang beliau sering berasa letih dan kurang bertenaga disebabkan melakukan kerja seharian. Ini boleh mengganggu proses penyusuan bayi anda di mana susu boleh menjadi berkurangan disebabkan letih dan stress. Oleh itu saya sarankan ibu-ibu yang menyusu dapatkan makanan tambahan / supplement untuk kurangkan keletihan dan stress anda. 

Boleh layari kisah saya di link berikut : 


Ingin mencuba shaklee sebagai supplement anda semasa hami, bersalin dan menyusu? Ingin menjadi ahli shaklee untuk membeli dengan harga ahli dan berpeluang menjana pendapatan hanya dari rumah? Boleh click di sini--> jadi ahli shaklee

Boleh hubungi saya seperti berikut. 

Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...