7 tips mudah kuruskan badan

7 Tips Mudah Kuruskan Badan 



1. Jaga Makan - PENTING!

Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

Ambil tahu jumlah kalori masuk dan keluar dari badan anda!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein



Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.

Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama. Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!

3. Jangan Skip Makan

Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!

Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar. Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.


4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein


Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!

Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.

Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari. Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan


Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda. 

Cara yang paling mudah: 
Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda. Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus! Melakukan kerja2 dirumah pun boleh dijadikan sebagai senaman ringan seperti menyapu / mop lantai. 

7. Positifkan Diri Anda

Buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari! Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!

Sekian, selamat mencuba!

Anda ingin mencuba shaklee sebagai diet program anda? boleh click click di sini untuk keterangan lanjut -->> kurus dan sihat dengan shaklee dan bagaimana ia bertindak 



Fb Nor Hanim Abu Hassan 


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...