Alfalfa Shaklee : istimewa dan perbezaannya

Alfalfa complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. 

Akar alfalfa yang dalam, dapat mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain. Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

Pasti semua nak tahu apa khasiat Alfalfa Shaklee yang sentiasa menjadi kesukaan pelanggan-pelanggan saya terutama ibu-ibu yang menyusu. Selain daripada berfungsi sebagai milkbooster; yang mempercepatkan dan memperbanyakkan penghasilan air susu ibu, ibu-ibu menyusu juga dapat menikmati khasiat alfalfa antara lainnya:-


✔ Mengawal kolestrol dalam darah
✔ Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
✔ Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
✔ Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
✔ Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
✔ Mengurangkan simptom menopous
✔ Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
✔ Merawat masalah sembelit
✔ Menyahkan toksik dari tubuh
✔ Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
✔ Membantu masalah penghadaman
✔ Mengurangkan masalah pundi kencing
✔ Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
✔ Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
✔ Menghangatkan hubungan suami isteri


Apa pulak vitamin yang terdapat di dalam Alfalfa? : 

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa pula:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

INGAT!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di : 


Fb Nor Hanim Abu Hassan
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...