Rombongan Cik Kiah ke Pulau Ungu

Kat doha ni tak banyak sangat pun tempat menarik. Negaranya pun kecik aje. Bila tiba musim sejuk..dah pening lalat nak jalan-jalan mana. Hahaha..paling busuk pun piknik kat park. Musim panas memang dah terperap dalan rumah saja kan. So musim sejuk lah peluang nak beriadah..beraktiviti outdoor sepuasnya. 

Ok, ini cerita 2 minggu yang lepas. Maksu baru nak update. Pulau Ungu ni ataupun orang di sini panggil Purple Island dekat je dengan rumah maksu. Dalam 10 minit drive. Lama dah orang cerita pasal tempat ni tapi sekarang baru berkesempatan nak pergi. Anak-anak lah sibuk dok ajak, so dah sejuk-sejuk ni boleh lah pergi. 

Purple Island ni sebenarnya kawasan mangrove atau paya. Pulau nya di kelilingi paya dan banyak pokok-pokok renek yang berwarna purple. Subhanallah cantik sangat. Nak ke pulau tu kena jalan kaki dan laluannya kena melalui kawasan air berbatu-batu dan boleh tengok ikan ikan kecil. Ketam pun ada. Boleh nampak burung bangau terbang berkumpulan di sekitar tu.  Suasana alami di sini agak menjadi tarikan penduduk di sini sebab kat sini kan kawasan padang pasir. Bila ada kawasan macam ni memang orang teruja nak pergi sangat sebab dapat tengok pemandangan hijau. Buat terapi mata.

Bagi sesiapa yang suka nature memang disarankan pergi situ. Airnya jernih, tapi tak boleh mandi. Setakat main-main air dengan kaki  boleh lah sebab berbatu-batu. Nak piknik pun boleh. Ada jugak yang datang bercamping di sini. 

Enjoy the pictures!













Tips memilih mainan untuk anak : 10 kesilapan yang biasa dilakukan oleh mak ayah

Kalau masuk kedai runcit ka, kedai buku ka, shopping mall ka....barang yang dok di depan sekali mesti mainan budak-budak kan? Memang itulah taktik dan marketing strategy tauke tauke kedai ni. Anak-anak  kita pulak bila dah nampak mainan tu...haaaa sudahhh...tak mau pi mana dah. Tarik tangan suh beli jugak-jugak. Selagi tak beli nangis guling guling kat lantai. 


"Makk...abang nak yang ni jugak. Kalau mak tak beli abang merajuk tak mau makan bekal yang mak letak pi sekolah
 kata anak yg berumur 7 tahun yg baru saja masuk sekolah tapi tak berapa suka pi sekolah sebab beg berat kih kih kih... 

"Mama....nak ni nak ni nak ni" kata anak yang berumur 2 tahun setengah sambil tarik tudung mama dia sampai nak tercabut. 

"Ummi, boleh dak kak long nak beli ni sebab kak long suka sangat mainan ni boleh ajar kak long pandai. Nanti sel sel otak kak long bersambung dengan lebih baik" kata anak yang sulong berumur 10 tahun yang baru sahaja memenangi pertandingan perbahasan di sekolah. 

"Ibu, adik nak beli bola ni. Adik takdak lagi bola corak ben10 ni. Yang kat rumah tu corak spiderman...adik dah tak suka spiderman sebab dia jahat" pujuk si adik berumur 5 tahun yang kepala baru aje benjol sebab jatuh dari kerusi. 


Aduuhhh mau pengsan kalau dengan anak-anak kecil macam ni kan? Pengalaman saya sebagai seorang ibu memang cair dengan permintaan anak-anak. Lagi lagi bila ada seorang saja anak lelaki. Terlebih manja agaknya. 

Last-last mak yang tantrum

Sekarang mari kita tengok apa kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh mak ayah ketika membeli mainan anak-anak : 

1. Tidak menetapkan bajet
Kebanyakan parents hentom kormo saja ketika membeli mainan permintaan anak-anak tanpa memeriksa bajet. Sebelum keluar membeli barang mainan, seharusnya parents memberitahu awal-awal jumlah bajet yang diperuntukkan untuk mainan mereka.

2. Mak ayah beli mainan yang mak ayah suka, bukan yang anak suka!

Kesilapan ini biasa dilakukan oleh mak...biasanyalah kan. (maksu lah tu). Kadang-kadang mak ja yang terlebih-lebih suka sebab comel, cute, nampak best. Bila beli, si anak tu tak main pun. Pegang pun dak! Yelah..mak-mak macam maksu ni dulu dok kampung. Masa kecik-kecik dulu tak dapat peluang main doll comel-comel, doll house cantik-cantik. Ahaks.

3. Terlalu menurut permintaan anak.

Kesilapan ini biasa dilakukan oleh parents yang kaya. Banyak duit. So bila anak mintak mainan aje mesti beli. Sebab tak nak bagi anak meraungkan? Ini adalah satu kesilapan yang besar bila anak-anak dimanjakan dan tidak kenal erti kesusahan. Takut terbawa-bawa hingga ke besar esok, malas berusaha dan kurang rasa syukur dengan apa yang ada. Maksu tak kata tak boleh beli, tapi ada caranya. Jom tengok points seterusnya. 

4. Tidak menetapkan  perjanjian / tak buat reward system. 

Point ini lebih kurang sama macam no 3. Parents boleh beli mainan yang anak-anak suka tapi beli hanya bila anak-anak mencapai sesuai kejayaan, atau bila anak-anak accomplish sesuatu pekerjaan yang dijanjikan. Baru la rasa susah sikit dan worth nak dapat sesuatu. Win win kan?  Bila dah anak-anak berjaya, parents kena tunaikan janji ya! Jangan menipu pulak. 

Fawzan, anak umi yang 5 tahun tu dok mintak beli helikopter mainan plak sekarang. Maksu kata kat dia "Ummi beli bila Fawzan dah abih baca Iqra' 2, buku Bacalah Anakku 2 dan Read Easy 2, ok?" Fawzan menurut je walaupun muka ada sedikit tidak puas hati. Sekarang hari-hari mintak nak baca buku semua tu sampai habis. Umi pulak yang letih. hihihi

5. Bawak anak memilih mainan sendiri di kedai. 

Kalau boleh, parents tak perlu bawak anak ke kedai mainan. Biar mak atau ayah saja yang pilih,  beli dan bawak balik. Takdak lah kejadian tantrum guling guling anak di kedai mainan. Bila anak sendiri yang pilih, maka bukan helicopter saja yang dia nampak, tapi segala kereta, lori, basikal semua dia nak. Rambang mata jadinya. 

Fawzan dok angau dengan helicopter. Takut-takut masuk kedai mainan, dok gaduh nak beli kerete ni pulakk...habiss


6. Tidak menjaga mainan dengan baik
 
Ajar anak-anak untuk menjaga mainan dengan baik. Lagi-lagi yang mahal kan? Sebab mainan-mainan ni biasanya anak-anak akan suka dan main sekejap saja.  Kalau ada mainan yang dah lama tak dimainkan oleh anak-anak tu,  apa kata simpan mainan tu elok elok dalam kotak. Nanti boleh pass kat adik pulak. Ataupun boleh jual murah-murah kat FB, kawan-kawan ke..atau boleh jugak sedekahkan kepada rumah-rumah anak  yatim dan sebagainya.  

7. Membeli mainan yang tidak mempunyai label keselamatan MC (Malaysian Conformity)

Haa..yang ni pun sangat penting untuk keselamatan anak-anak. Belek dulu dekat kotak mainan tu ada tak label ni supaya mainan tu bebas dari bahan-bahan yang merbahaya seperti plumbum. Walau secanggih mana pun mainan tu, periksa dulu ya!

8. Membeli tidak mengikut umur yang sesuai dengan anak-anak

Setiap mainan akan ada label peringkat umur yang sesuai untuk mainan tersebut. Ini kerana sesetengah mainan tu sangat kecil size nya dan boleh menyebabkan risiko anak-anak kecil berumur 0-3 tahun tercekik. Budak-budak umur ni masih lagi masukkan mainan dalam mulutkan? 

9. Menang membeli alah memakai

Kadang-kadang parents suka beli mainan yang murah-murah. Main tak sampai sehari, dah patah.  Esok anak mintak lagi....beli lagi...patah lagii...membazir tu.  Bagi maksu biar beli mainan mahal sikit takpa, tapi tahan lama dan boleh disimpan dan pass kat adik-adik pulak. 



10. Membeli mainan yang kurang memberi faedah dan kebaikan kepada anak-anak

Parents zaman moden ni suka belikan gajet-gajet untuk anak. Gajet ini bagus jugak sebenarnya, tetapi tidak boleh exposekan kepada anak-anak terlalu lama. Seimbangkan dengan mainan-mainan dan permainan yang lain. Menurut kajian dengan bermain iPad, iPhone, Tab dan sebagainya, anak-anak akan lemah motorskil dan IQ anak-anak. Apa kata belikan mainan untuk "learning" yang dapat membantu pergerakan motoskill anak-anak dan juga tingkat IQ anak-anak. Boleh google kot..banyak contoh-contoh mainan macam ni yang dijual secara online.  

Harap tips-tips ini dapat membantu mak ayah di luar sana sebelum beli mainan kat anak-anak tu. Lagi satu maksu suka nak cadangkan, selain mainan, parents kena sediakan jugak bajet untuk supplement anak-anak. Terutamanya anak-anak yang asyik demam, batuk, selsema, yang ada athma, yang cerewat dan memilih makanan. Supplement ini dapat bantu top-up nutrisi anak-anak yang sedang aktif agar lebih cergas dan ceria. Lagi-lagi ketika di sekolah. Hati mak mana yang tak sedih tengok anak longlai letih lesu kat sekolah kan? Semua ibu sayangkan anak kan? 

Dah boleh beli mainan mahal-mahal takkan tak boleh beli supplement untuk anak-anak kan? Lagi penting untuk kesihatan dan perkembangan otak yg cerdas. Kalau nak tahu supplement shaklee yang sesuai untuk anak-anak boleh KLIK kat sini --> Set Vitamin Untuk Kanak-kanak

Kalau malas nak Klik Klik bagai, contact saja maksu seperti nombor di bawah. Nanti maksu cerita mana yang elok, mana yang tak elok. OK? 


 
                                                   Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin  
 ✉ SMS : 0164048891
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com



 
 

Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil


Setiap ibu yang hamil pasti akan merasai sakit pinggang dan sakit belakang. Semakin besar kandungan, semakin sakit jadinya. Nak tidur malam pun susah. Pusing kiri salah, pusing kanan tak kena, baring pun sakit.  Maksu dah rasa dah semua tuuu...tapi lepas dah bersalin, hilang lah semua sakit belakang. :) 

APA PUNCA SAKIT BELAKANG NI? 

Menurut Dr Hamid Arshat, sakit belakang ni disebabkan oleh : 

1.  Kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. 
2.  Posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. 

Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

PETUA DAN TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG.

Petua-petua di bawah diharapkan dapat membantu pembaca semua mengurangkan sakit belakang :
  • Rajin bersenam.
  • Berurut untuk melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. 
  • Pastikan anda sentiasa dalam keadaan postur yang baik. 
  • Berenang. 
  • Tidur mengiring dengan bantal materniti yang diletakkan di bawah perut. 
  • Mandi air panas.
  • Memakai tali pinggang sokongan untuk menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang anda
Selain mengamalkan petua-petua di atas, maksu suka nak cadangkan ibu amalkan juga supplement dalam membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan ibu. Dalam Shaklee, set hamil Shaklee lengkap dengan nutrisi dan khasiat yang penting untuk  keperluan ibu dan bayi dalam kandungan. 

APA YANG ADA DALAM SET HAMIL SHAKLEE

Berikut adalah senarai vitamin-vitamin yang ada dalam Set Lengkap Hamil Shaklee

Vitalea - Multivitamin terbaik dengan sumber zat besi. Membantu dlm pembentukan sel darah merah.  

B Complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B utama. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan darah merah dlm tubuh.

Vita C – Meningkatkan sistem imunisasi si ibu supaya tidak mudah diserang selsema dan demam semasa hamil.

Ostematrix – membantu ibu mengurangkan sakit belakang dan kebas kebas sepanjang kehamilan serta membantu pertumbuhan tulang bayi.

Omegaguard – Minyak ikan utk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf & fungsi mata melalui pemakanan

ESP - Protein soya penting untuk bekalan tenaga seharian si ibu, rasa kenyang yang lebih lama. Sangat sesuai di ambil ketika di bulan puasa untuk elakkan dari gastrik. Bonus - kulit yang lebih cantik. InsyaAllah.
 
 
Walaupun sakit belakang ni takdak ubat sebenarnya, tapi tak salah nak berikhtiar dengan supplement Shaklee. Shaklee dengan slogannya semulajadi, selamat dan berkesan pastinya selamat untuk ibu dan bayi  dalam kandungan. Mudah-mudahan dapat bantu ibu kurangkan sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh tu InsyaAllah. Pilihlah hanya yang terbaik untuk diri dan bayi ibu. Elakkan bahan bahan sintetik atau yang tidak pasti berkesan menyerap masuk dalam tubuh ibu dan bayi. Pelihara bayi dari dalam kandungan lagi.
 


Ok, saya teruja nak membeli Set Hamil Shaklee ni. Nak bagi yang terbaiklah untuk bayi saya. Tapi macamana? 

Boleh hubungi maksu terus dengan menghantar SMS ke 0164048891 atau anda juga boleh WhatsApp ke no berikut :
  • Nor Hanim +974 55273585 (maksu sendiri) atau 
  • Puan Rohana 019 4777736 atau
Ibu juga boleh isi borang pesanan di SINI. <<--- (Harga disenaraikan di sini)

ATAU
Ibu boleh membuat pilihan dengan membeli Set Hamil Shaklee ini secara online. Hanya KLIK pada LINK di bawah. Selepas membuat pembelian, dalam masa 3-4 hari barang yang anda order akan sampai di depan pintu rumah / pejabat ibu. Sungguh mudah, cepat dan jimat. Happy shopping ya!
ORDER : SET HAMIL SHAKLEE 

Kami sangat mementingkan perkhidmatan selepas jualan. Setiap pembelian produk Shaklee dari kami, kami akan pastikan anda mendapat khasiat yang optimum dengan cara pengambilan supplement yang betul. Anda tak perlu pening-pening lagi mencari dan bertanya dengan agent Shaklee yang lain untuk mengadu masalah anda. Group kami mempunyai pakar-pakar yang sedaya upaya akan cuba menolong masalah anda. 


Jangan tunggu lagi. Hubungi maksu sekarang tau!

✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin  
 ✉ SMS : 0164048891
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

Untuk membeli pada harga yang lebih murah, jadilah ahli Shakleeuntuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee.


Nak tahu bagaimana ibu boleh dapat  FREE shaklee membership yang bernilai Rm75? Hubungi maksu sekarang.




JADI AHLI SHAKLEE

Technology is ruining human relationship : setuju ke tidak?

Technology is ruining human relationship : setuju ke tidak? 

Mari kita tengok apa kata kak long dalam speech debating dia nanti? Good luck kak long! 


Technology is not ruining human relationship

By Nurin A'ina

There is no clear research evidence that human relationships are being destroyed by technology. Technology help us to be together when we’re in different places. Also, we can share our ideas, experiences and our feelings with people. Being together also help us to get along with others.

Kids can play educational games and help them to improve their skills. Kids also can play games if they’re bored. And they can play video or online games with one another.

And also, technology can help us with homework. It can give us ideas for lots of things. Ex: Inventions, art and crafts.

Texting is great because we can meet each other easier. We don’t need to walk to their house to talk to them about something. We could just send them a text and your friend will get your messages in no time! And technology helps us to get friends from another country. We could use skype to talk to our relatives and friends who live far, far away from you.

And using technology helps us in different ways!

====
haaa...amekawww

Bagi umi, selagi kita menggunakan technology untuk kebaikan takdak masalah. Untuk bisnes (macam maksu), untuk belajar online, keep in touch with old friends, family, dan sebagainya. Tapi bagi budak-budak kena control ye. Bukan sebab ruining human relationship yang maksu takut , tapi unsur-unsur negatif yang amat ditakuti semua mak ayah.  Mak ayah kena pantau betul betul dan get along with them especially budak-budak yang meningkat remaja. Macam-macam yang ada kat youtube tu contohnya. Kena cerita mana yang baik, mana yang buruk. 


Rawat Eczema Tanpa Steroid yang Merbahaya

Baru-baru ni kawan maksu whatsApp maksu tanyakan supplement apa yang baik untuk masalah eczema beliau. Bila di selidik rupanya kawan maksu ni allergic sabun, di tambah pulak stress katanya. 

Sebelum nak ambil supplement apa yang sesuai untuk kurangkan eczema, mari kita tengok punca kenapa eczema ini terjadi. 

Eczema adalah sejenis penyakit kulit. Ianya terjadi apabila kulit menjadi merah-merah dan gatal-gatal. Kulit menjadi sangat sensitif. Sebenarnya punca sebenar terjadinya eczema ni tidak diketahui dan tiada ubat yang specific untuk merawatnya. Tetapi jika seseorang mengalami eczema kemungkinan disebabkan oleh : 

  • Alahan terhadap bahan pencuci seperti sabun basuh baju, sabun basuh pinggan dan sebagainya. 
  • Kulit yang sangat sensitif terhadap faktor persekitaran seperti habuk, debu dan panas. 
  • Masalah stress yang berpanjangan. 
  • Mempunyai ahli keluarga dan keturunan yang mempunyai masalah eczema. 
  • Allergy kepada barang kemas
  • Badan suka berpeluh
  • Kulit sensitif kepada air yang berklorin tinggi.

Selalunya masalah eczema sering berlaku kepada peringkat bayi, tapi orang dewasa pun ada jugak yang mengalami masalah ini. 

Adakah penggunaan steroid membahayakan?

Kebiasannya, Doktor akan mengesyorkan penggunaan krim steroid untuk mengurangkan masalah eczema ini. Tetapi kita selalu mendengar kesan sampingan dari penggunaan steroid yang berlebihan kan? Sebenarnya, steroid adalah selamat jika digunakan dengan betul mengikut dos yang disarankan oleh doktor. Jika berlebihan penggunaanya akan menyebabkan kesan sampingan utama iaitu kulit menjadi nipis. 

Apabila menggunakan krim steroid, gunalah secara minima ke atas kulit kulit yang bermasalah sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda!. 

 
Kalau tak nak guna steroid, ada cara lain tak yang boleh bantu saya kurangkan eczema? 

  • Bagi peringkat bayi, susu anak anda dengan susu ibu untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 bulan.
  • Jika anda allergy kepada makanan tertentu, elak dari mengambil makanan tersebut. 
  • Gunakan sabun yang sesuai sekiranya allergy kepada sabun.
  • Check jenis pakaian anda. Mungkin sesetengah material kain tidak sesuai dengan kulit anda. 
  • Bilik yang panas boleh menyebabkan eczema. Pastikan bilik anda sejuk dan nyaman. 

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?

Untuk eczema, maksu cadangkan pengamalan vitamin-vitamin Shaklee berikut :

Energising Soy Protein : Protein penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang rosak. Kulit menjadi lebih sihat dan cantik.

OmegaGuard : Mengurangkan keradangan pada kulit. Melembapkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal.Meningkatkan sistem imun.

Vitamin E : Melegakan kekeringan kulit dan gatal.

GLA Complex : Juga dapat mengurangkan gatal dan inflamasi

B Complex : Membantu mengurangkan stress di samping memelihara kesihatan kulit

Alfalfa : Juga disarankan untuk mengeluarkan toksin di dalam badan (detoks) dan juga bertindak sebagai anti-inflamasi



Untuk luaran :

Herba Blend : Diuji secara klinikal dapat merawat kulit yang pecah-pecah dan melembutkan kulit. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.


Set Get Clean : Sekiranya anda allergy kepada sabun, bertukarlah kepada set penjagaan seisi rumah (dish wash, sabun pencuci, sabun serbaguna basic-H) yang lebih selamat, semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan, tiada toksik, tanpa fosfat dan bahan kimia yang merbahaya. 



Testimoni Shaklee Mengurangkan Eczema dan Allergy Tanpa Steroid 

Testimoni menunjukkan pengambilan OmegaGuard secara konsisten dapat membantu mengurangkan eczema dan allergy, dengan izin Allah. Dapatkan set lengkap eczema untuk mendapat kesan yang optimum.


 



Untuk mendapatkan kombinasi set eczema yang sesuai dengan bajet dan tahap eczema anda,  boleh hubungi maksu terus dengan menghantar SMS / Call ke 0164048891 atau boleh juga boleh WhatsApp ke no berikut :

  • Nor Hanim +974 55273585 (maksu sendiri) atau 
  • Puan Rohana 019 4777736 

Untuk membeli pada harga yang lebih murah, jadilah ahli Shaklee, untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee. 

Nak tahu bagaimana anda boleh dapat  FREE shaklee membership yang bernilai Rm75? Hubungi maksu sekarang. Tawaran istimewa menanti anda!



JADI AHLI SHAKLEE
 
 
Kami sangat mementingkan perkhidmatan selepas jualan. Setiap pembelian produk Shaklee dari kami, kami akan pastikan anda mendapat khasiat yang optimum dengan cara pengambilan supplement yang betul. Anda tak perlu pening-pening lagi mencari dan bertanya dengan agent Shaklee yang lain untuk mengadu masalah anda. Group kami mempunyai pakar-pakar yang sedaya upaya akan cuba menolong masalah anda. 

Jangan tunggu lagi. Hubungi maksu sekarang tau!


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS : 0164048891 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com



Bila awan datang bertamu

Bila awan datang bertamu di Doha ni, maknanya winter pun dah nak sampai. Susah tau nak nampak awan kat sini.  Hari ni pun angin kuat dan dingin. Alhamdulillah di atas nikmat mu ya Allah. 

Balik aje dari sekolah anak-anak maksu terus beriadah. Berbasikal dan main kasut roda. Hari-hari lain tak dapat main sebab ada sekolah petang sampai ke maghrib. Hari ni dah hujung minggu. Takde kelas petang so boleh lah main puas puas. 

Bila bertukar musim ni biasanya ramai yang mudah kena sakit penyakit berjangkit. Yang biasanya demam, selsema, batuk. Kulit pun jadi kering bila masuk musim sejuk. Apa persediaan maksu sebagai ummi dan domestic manager yang hebat dan perihatin? Kikikikihh.. 

Untuk boost up immunity anak-anak maksu, maksu akan pastikan budak-budak ni tak tinggal Vitamin C Chewable dan juga Omegaguard. Standby Nutriferon kalau kalau dah ada simpton sakit sakit. Paksu pun amik Omegaguard dan juga Vitamin C Sustained Released. Maksu? Of course lah Shaklee Collagen Powder untuk maintain kulit lembab dan energy booster. Vitamin asas Vita-lea (multivitamin) dan B complex pun tak tinggal ok. 

#Kempenbebasdadah

Maksu sebolehnya tak mau drugs masuk dalam badan anak-anak maksu. Prevention is better than cure orang putih kata. So, boost siap-siap antibodi supaya tak senang kena penyakit, dengan izin Allah. Tapi kenapa Shaklee? Shaklee mempunyai slogan iaitu sentiasa selamat, sentiasa berkesan, sentiasa semulajadi. InsyaAllah maksu yakin dengan izin Allah tiada bahan-bahan kimia yang merbahaya menyelinap masuk ke badan anak-anak maksu. 

Kempen bebas dadah ni bukan hanya merujuk kepada supplement sahaja. Tapi mencangkupi semua aspek iaitu pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat dan juga bersenam di samping dengan bantuan supplement untuk melengkapi keperluan nutrisi badan kita. 

Ubat Vs Supplement

Supplement Shaklee : Merawat PUNCA
Ubat : Menghapuskan SIMPTON

Ubat : cepat
Shaklee : lambat

Ubat : ada kesan sampingan
Shaklee : Tiada kesan sampingan


Tapi apa-apa pun kena berbalik kepada pencipta Allah yang Maha Esa. Atas kehendaknyaNya jua apa-apa pun.

Jom tengok awan kat Doha ni.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...