Aktiviti Cuti Sekolah : Bukti Allah Itu Ada (Wujud)

Aktiviti : Simulasi, analisis dan perbincangan

Objektif : 
  1. Anak mengetahui bahawa Allah itu wujud / ada.
  2. Anak nampak bukti bahawa Allah memang wujud / ada. Menguatkan keyakinan / keimanan anak-anak tentang adanya Allah

Bahan-bahan : Air, gula pasir, gelas dan senduk


1. Ambil segelas air.

2. Masukkan sesenduk gula pasir ke dalam air dan kacau hingga larut. 

3. Tunjuk kat anak-anak apa yang terjadi dengan gula tersebut. 

4. Mak ayah boleh tanya anak-anak
  • Ada lagi tak gula pasir dalam air tu?
  • Macamana anak-anak yakin gula ada dalam gelas tu sebab dah tak nampak gula dalam air tu?
    (anak-anak boleh yakin ada gula dalam air tu sebab bila rasa air tu...rasa manis kan?)

5. Mak ayah boleh terangkan macam ni pada anak-anak :
    
Contoh : Kita memang tak nampak Allah, tapi kita boleh nampak atau rasa segala benda ciptaan Allah. Macam jugak gula yang larut dalam air tu. Walaupun kita tak nampak gula tu tapi kita yakin gula masih ada dalam air tu sebab air tu rasa manis!. 

6. Kemudian boleh ajak anak-anak fikirkan dan sebutkan apakah benda yang tidak boleh dilihat tapi boleh dirasa seperti udara, akal, arus elektrik dan kuasa graviti. 

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...