Cerita jujur anak saya tentang shaklee yang menyentuh hati saya

Keje2 menghantar shaklee ke rumah kawan2 saya merupakan sebahagian rutin kami sekeluarga ketika hujung minggu. Sampai anak2 pun dah tahu kalau umi keluar mesti nak hantar shaklee jugak.."Umi, kita keluar ni hantar shaklee ke?"...merupakan pertanyaan biasa hihihi... alhamdulillah saya dikurniakan Allah suami dan anak2 yg sangat supportive. Kaklong dan kakngah pandai melayan adik2 masa umi turun dari kereta dan hantar shaklee ke rumah kawan. Tapi seperti biasa bila dah abih pusing2 hantar shaklee, umi akan bg reward pada anak2 umi yg sgt baik, behave dan supportive ini. 

Malam tadi saya teringat kak ngah ada bagitahu yg dia ada homework minggu ni iaitu membuat recount / diary apa yg dia buat masa weekend. So, lepas semua budak2 dah tidur umi pn check semua beg sekolah anak2 umi tgk semua dah ready ke blom. Umi terharu dan sungguh tersentuh melihat karangan kak ngah yg sungguh innocent dan jujur. Nampaknya kak ngah begitu bersungguh promote shaklee tu... hihihi...

Diary kakngah berbunyi mcm ni :-

"I went to Doha follow my mom to deliver some shaklee to my mom's friend. My mom likes to sell shaklee and its also good for us. Shaklee is a type of vitamin. There is also for kids. The chewable. Sometimes it is sour. After we deliver some shaklee we went to restaurant called afghan brothers mandi restaurant. I ate chicken, meat and others. They were so delicious. After we went to restaurant. we went to Lulu. We bought groceries (kitchen stuff.food stuff). After that we went to our....HOME SWEET HOME!"


Ini pulak poster yang saya terima dari kak long...dah lama dapat ni..baru nak update kat blog. 




Kak long buat poster ni sebab umi kadang2 lupa nak bawak shaklee. Dah smpai setengah jalan...umi baru teringat bungkusan shaklee tertinggal..maka kak long pun membuat poster cantik2 dan tampal di peti ais supaya umi tak lupa...hihihi..macam2 la anak2 umi ni

Terima kasih Allah kerana dikurniakan anak-anak shaklee yang memahami minat umi. Ye, umi mmg suka berniaga. Umi memilih shaklee sebab senang dapat berniaga online dari rumah dan ada support group yang hebat untuk kita bertanya dan share info2/tips berniaga yang berguna.. Alhamdulillah. Selain mendapat manfaat kesihatan dari supplement shaklee seisi keluarga. Insyaallah... Nak berniaga kek ke, mee ke, roti jala ke, nasi ayam ke, idok le kapakaran umi ye... :) 

Walaupun saya berada di doha, tapi market saya luas.. Kalau market di malaysia, saya hanya perlu membuat order online dan urusan penghantaran semua diuruskan oleh shaklee hq. Bila tgh bulan bonus pn masuk mengikut jumlah sales / point yg kita dapat utk bulan tersebut. Ehh..ini bukan skim cepat kaya. Sapa rajin, sapa ada passion, sapa usaha lebih...hasilnya pun lebih lebih...insyaallah.. 

PM hanim or wassap di +974 55273585
Fb : Nor Hanim Abu Hassan
fanpage : Souq Vitamin
email : minahron@gmail.com

2 comments:

  1. Salam Puan Nor Hamim,
    Saya juga ahli Shaklee, minta tips dari Puan Nor, kat Doha kita ada mcm kat KL, office Shaklee tak? Harap mendapat jawapan nanti. Juga saya doakan Puan Nor terus menerus berjaya dalam Shaklee...Aamiin ya Allah- wslm; Puan Suhaila Ismail, Miri,Sarawak,Malaysia

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Suhaila, Minta maaf banyak sangat-sangat sebab saya baru perasan komen dari Puan. Di Doha takde branch macam di KL. Saya sendiri yang akan bawa stok dari Malaysia ke sini, samada ketika saya balik ke Malaysia atau pos.

    Harap membantu Puan

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...