9 aktiviti mudah bersama anak di rumah yg anda patut tahu

Membuat aktiviti-aktiviti yang kreatif utk anak2 dapat membantu mereka belajar dan mempraktikkan skill2 penting sebelum  mereka masuk ke tadika, tabika, pre-school, kindy...atau apa sahaja term yg digunakan. Skill2 yg berbeza2 dapat membantu menjadikan anak2 lebih yakin dan independent. Tak perlu beli barang mainan yg mahal2 pun. Bole je guna barang2 kat rumah. Lagi jimat!!.  Baik beli supplement yg mahai sikit, invest sikit untuk kesihatan dan perkembangan otak anak2 drpd beli mainan yg mahai2 dan end up brg tu anak2 tak main pun...pernah terjadi tak kat ibu2? 

Ok kat sini saya senaraikan 9 aktiviti yg mudah yg boleh dipraktikkan bersama2 bersama anak2 mengikut kesesuaian umur.  

1. "Pouring" skill atau tuang, menuang, mencurah. (dari 6 bulan hingga 3 tahun)

haaaa..comeykan budak ni dok tuang susu. Aktivity ni tak semestinya guna susu. Boleh jugak guna kacang ka, beras ka...sedia mangkuk plastik yg tak guna kat dapuq tu dua tiga bijik soh dia tuang dari satu mangkuk ke satu mangkuk yg lain. Kita tunjuk kat dia mcmana mula2 nak buat.  Mula2 tumpah la sikit. Pastu bila dah lama2 dia pandai control sendiri. 

2. Skill guna sudu (18 bulan ke atas)

Utk aktiviti yg ni, bagi kat anak sudu...pastu mangkuk penuh kacang ka, beras ka, button baju ka (mak yg suka menjahit ni), soh dia pindah isi mangkuk tu dari satu mangkuk ke satu mangkuk yg lain... 

tips : letak mangkuk2 dalam tray supaya senang kalau tumpah senang ja boleh tuang balik dalam mangkuk. Tunjuk kat dia macamana buat, nnti soh dia kemas sendiri. 

3. Threading

Ha yg ni saya pernah buat utk anak lelaki saya. Sy amik kadbod kotak yg dah tak pakai tu. Sy tebuk lubang guna punch hole tu. Pastu amik tali kasut yg dah tak guna, pastu guna tali utk utk "jahit" kadbod yg berlubang tu. Maknanya masukkan tali kasut tu ke dalam lubang2 yg dah dibuat tadi one by one, konon mcm menjahit lah. Lepas tu boleh ajar dia cara ikat sekali. Ikat ribbon ka. etc. 



4. Guna penyepit

Guna penyepit yg kecik utk pindahkan brg2 yg besar sikit mcm kapas, popcorn, butang baju besar dari satu mangkuk ke mangkuk lain. 

5. Goncang botol (2 hingga 6 tahun)

Aktiviti ni utk skill goncang botol sebelah tangan. Boleh guna botol2 kat dapur yg perlu goncang baru boleh guna macam minyak masak, jus lemon, cuka etc. Make sure jari pegang tudung botol supaya isi tak keluar. 

6. Lap.

Haa..yg ni mak2 mesti suka. Bagi ja kain buruk kat anak. Soh dia lap semua perabot kerusi meja. Mesti anak2 suka.. :). 

7. Potong guna pisau

Yg ni boleh guna pisau tumpul utk anak2. Ajar dia cara potong pisang. Sediakan papan pemotong, pisau kecik utk anak2. Boleh beli yg pisau utk anak2 tu. Dan juga mangkuk utk isi pisang. Mula2 tunjuk mcmana nak potong. Tunjuk dia mana belakang pisau dan yg mana patut guna utk potong. 

8. Cuci sinki. 

Sediakan span, kain lap pinggan, sabun dan apron. Ajar anak2 mcmana cuci sinki guna sabun. Dia pasti suka!

9. Guna gunting. 

Beli gunting yg untuk kanak2 punya. Tak tajam. Tunjuk mcmana pegang gunting. Bila dia dah pandai pegang gunting mintak dia gunting kertas. Ikut suka hati dia. Bila dah pandai. buat line kat kertas..then soh dia gunting ikut line tu...

Selamat Mencuba

Note : dipetik dari buku Parenting Toddlers by Ruth Liew  


PM hanim or wassap di +974 55273585
Fb : Nor Hanim Abu Hassan
fanpage : Souq Vitamin
email : minahron@gmail.com

7 comments:

  1. Bismillah...

    teruja membaca perkongsian ini...
    rindu pula dengan anak-anak

    free-free singgah la ke blog saya:
    http://carehappytips.blogspot.com/2014/06/vita-c-plus-semulajadi-disalurkan-jam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam farah, terima kasih singgah blog akak. Ok nnti akak ke blog awak ye :)

      Delete
  2. great mom with a great practice

    layari: http://carehappytips.blogspot.com/2014/06/memudahkan-menyental-secara-berkesan.html

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ok dah tgk doc. Mcm puppet kan? Menarik! TQ doc

      Delete
  4. Aktiviti2 kat atas tu baik utk kuatkan daya motor halus & fokus anak-anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul farah. Boleh cuba buat ngan anak-anak. Kadang2 benda simple je but yet very essential to the kids.

      Delete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...