10 tip kurangkan selsema dikalangan kanak-kanak

Pertukaran musim dikatakan antara penyebab penyakit berjangkit seperti batuk selsema merebak dan senang berjangkit terutama dikalangan kanak-kanak. Anak saya yg kecil sekali sekarang ini juga tgh selsema batuk. Kebetulan pula ternampak rakan fb share link dibawah ini di fb dan ini menarik perhatian saya. Suka saya berkongsi dengan rakan2 lain juga. Mari kita tgk petua menghilangkan lendir pada bayi oleh dr zubaidi. 

*********************************************************************************
Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doctor?

Puan boleh melakukan perkara di bawah : 

1. Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.

2. Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.

3. Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.

4. Jika anak puan mengalami batuk atau selsma bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.

5. Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.

6. Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.

NOTA KESIHATAN DARI http://drzubaidi.com/blog
*********************************************************************************
Demikian antara perkongsian menarik dari Dr. Zubaidi. Suka saya menambah di sini beberapa tips yang biasa saya lakukan ketika anak2 selsema dan batuk. 

7. Tepuk perlahan2 dengan tapak tangan melengkung di belakang anak supaya lendir2 itu keluar ketika batuk.

8. Sapukan minyak panas di kaki anak dan pakaikan stokin semasa tidur di waktu malam.

9. Sapukan vicks (utk kanak2) dengan kadar yg amat sedikit di bahagian belakang.

10. Sentiasa berdoa agar Allah sembuhkan penyakit anak kita.

Bagi ibu2 yg masih menyusu, bolehlah ambil Nutriferon yg mana khasiat daripada Nutriferon itu smpai ke anak melalui susu ibu utk boost up immune sistem. Boleh juga berikan Nutriferon untuk anak-anak tetapi mengikut kadar yg bersesuaian mengikut peringkat umur. Antara testimoni pelanggan tegar shaklee yg menggunakan Nutriferon untuk kurangkan selsema anak nya, boleh click di sini >> Testimoni Nutriferon : hilangkan selsema anak

Hubungi hanim untuk keterangan lanjut :

PM hanim or wassap di +974 55273585
Fb : Nor Hanim Abu Hassan
fanpage : Souq Vitamin
email : minahron@gmail.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...