Berpuasa di Qatar... apa bezanya?

Sambutan ramadhan di negara arab seperti di Qatar ini jauh berbeza dgn sambutan ramadhan di Malaysia.  Perbezaan yg paling ketara :

1) Pertamanya dari segi media. Tv, surat kabar tak sebut langsung pasal eidul fitri. Mereka lebih kepada sambutan ramadhan. Tiada iklan raya, iklan biskut raya, iklan baju raya, langsir raya.... tiada langsung. Masyaallah kita jadi lebih focus kepada ramadhan itu sendiri.

2) Yg keduanya, kalau anda di kedai2, supermarket, anda akan dihidangkan dengan alunan ayat2 suci al quran yg sungguh mendamaikan.... bukan lagu2 raya seperti di Malaysia. Tapi kalau depa pasang lagu raya pun mesti tak faham jgk sbb dlm bahasa arab hahaha... tp tak pernah la dgr lagu2 berkumandang di mall2 ka, supermarket ka selama saya pegi shopping.

3) Dan perbezaan yg ketiga ialah waktu kerja yg dikurangkan dari 8 jam sehari ke hanya 5 jam sehari! Bestkan? Saya rasa best gila bila suami saya pukul 12.30 tghari dah smpai rumah. Lepas tu boleh la saya masak utk berbuka sementara suami menjaga anak2....




Bulan ramadhan di Qatar kali ini jatuh pada musim panas yg mencecah sekitar 45 ke 48 deg celcius dan waktu berpuasa yang panjang sedikit dari Malaysia iaitu 15 jam. Dah 3 kali dah berpuasa di Qatar semasa musim panas selama kami berada di Qatar. Tapi alhamdulillah, musim panas di sini tidak seperti di Malaysia yg sangat tinggi humiditynya. Panas di Qatar tidak berpeluh cuma bahang nya sahaja. Puasa2 ni dok dalam rumah aje lah ye.. ber hawa dingin 24 jam. Alhamdulillah....

Juadah berbuka plak tidak lah seperti di Malaysia yg boleh main tunjuk2 sahaja di bazaar ramadhan. Kalau teringin nak makan pulut seri muka ka, cendol ka, mee bandung ka, mee goreng mamak ka...haa, kena la masak sendiri ye... belajar.. belajar... belajar. Duduk di negara orang yg xreti masak pn boleh jadi pandai mcm master chef. serba serbi kena belajar dan masak sendiri...

Haaa begitu lah serba sedikit perkongsian bagaimana berpuasa di Qatar vs Malaysia. seronok berpuasa di sini. Tapi bak kata pepatah.... hujan emas di negeri org...hujan batu di negeri sendiri.... mesti la rindu dgn negara sendiri... raya mesti balik jumpa mak, adik beradik kannn... Malaysia tetap di hati kami semua. Tak sabar nak balik raya...counting dayssss....

Oh ya, tak sah kalau entry saya ni tak sebut pasal Shaklee kan. Berpuasa kali ini seperti tahun lepas saya tak tinggal amik ESP+mealshake utk memberi tenaga sepanjang hari berpuasa dan perut tidak berkeroncong.. membantu saya meneruskan breastfeeding anak saya yg berumur 11 bulan sepenuhnya seperti biasa. Alhamdulillah...

Sapa2 nak order ESP boleh hubungi saya cepat2 ye...

PM hanim or wassap di +974 55273585
Fb : Nor Hanim Abu Hassan
fanpage : Souq Vitamin
email : minahron@gmail.com

Istimewanya Ramadhan Kali Ini... Ramadhan Kareem!!

Rasanya blom terlambat untuk saya wish Ramadhan Kareem kepada semua pembaca blog SouqVitamin. Alhamdulillah, Allah memberikan kita semua kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Rebutlah peluang keemasan setahun sekali ini untuk berlumba2 membuat ibadah, mencari lailatul qatar, bertadarus, terawih dan tak lupa juga bersedeqah.

Ramdhan kali ini saya berpuasa di Qatar... taun lepas berpuasa di Malaysia. Masa tu saya mengandungkan anak sy yg ke-4... 5 hari before raya bersalin.. Alhamdulillah...dan genap setahun juga saya kenal dengan Shaklee :). Shaklee byk mengubah hidup saya, biiznillah. Dari segi tahap kesihatan sekeluarga yang kalau nak cerita kat sini smpai bila tak habih2.... dan juga bisnes online dengan Shaklee yg osem sangat. Kita tak bekerja sorg2 tau. Ramai yg akan bantu kita. ... jom sapa nak join group biz online kami boleh hubungi saya.

Laa..meleret pasal shaklee plak. Kita nak cerita pasal puasa. Hehehe.. Puasa di Qatar tahun ni sedikit mencabar. Dgn musim summer sekarang 45 deg. celcius dan waktu puasa yang panjang 15 jam!!.. Alhamdulillah anak2 ok saja, tak banyak ragam. Disebabkan bulan puasa jatuh pada musim cuti sekolah musim summer, sebelum masuk bulan Ramadhan lagi saya dan anak2 buat plan siap2 activity Ramdhan spt tadarus, kelas tajwid, hafazan, terawih... satu lagi. Saya ada buat program Ramdhan's Good Deed jgk. Mcmana tu?  Anak2 akan tulis 30 good deeds dlm kertas kecik, ikut suka depa nak tulih apa.  kemudian lipatkan dan masukkan dalam kotak. Setiap hari setiap org akan amik 1 deed dan kena amalkan sepanjag hari berpuasa. Menarik jgk!...

Ok lah.. nnti kita sambung lagi.. next entry saya nak cerita apa beza puasa di Qatar dan di Malaysia ya.. Tunggu....

PM hanim or wassap di +974 55273585
Fb : Nor Hanim Abu Hassan
fanpage : Souq Vitamin
email : minahron@gmail.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...