Omegaguard Shaklee untuk Ibu Hamil dan Kanak2

Yaa...promosi bulan ni ialah Omega guard... jeng jeng...




Bagi mereka yg nak tahu apa itu Omega 3, Omega 3 adalah sejenis asid lemak atau nutrien yang sangat penting kepada otak dan retina mata sebagaimana pentingnya kalsium kepada tulang dan gigi. Tak banyak makanan yang mempunyai nutrient ini dan ia agak sukar didapati dari makanan seharian.  Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega 3 dikalangan rakyat malaysia adalah rendah. Selain penting untuk ibu hamil dan kanak2, pengambilan Omega 3 yang mencukupi juga dapat mengelak dan mengawal penyakit jantung dan juga penyakit-penyakit kronik berhubungkait dengan jantung.



Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Bagaimana Omega Guard membantu ibu2 hamil dan kanak2? 

Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan
Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak(keupayaan mental utk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).

Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.
Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.
Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
sumber: here
So, mak ayah kalu nak anak2 membesar dgn sihat, cergas, kenalah  bagi anak2 makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang.Makanan yg kaya dgn Omega 3 ialah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA.

Gandingkan OMEGAGUARD dgn MEALSHAKE utk mendapatkan khasiat yg optimum untuk anak2 anda. Ingat!...  Omegaguard vitamin untuk otak. Mealshake pulak membekalkan nutrients supaya badan sihat. Mmg gandingan yang mantaps, meletopss!!..

Refer >> set vitamin untuk kanak2 untuk mengetahui tentang vitamin2 shaklee yg lain

Hubungi saya sekarang!!


PM hanim or wassap di +974 55273585 untuk order
Fb : Nor Hanim Abu Hassan
fanpage : Souq Vitamin
email : minahron@gmail.com


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...